Khamis, 13 Disember 2012

PROFIL KORPORAT

 


Specialty Training and Services (“STS”) atau terjemahannya ialah “Perkhidmatan dan Latihan Khusus” adalah merupakan sebuah entiti perniagaan milik 100% bumiputra yang telah ditubuhkan semenjak tahun 2009 melalui Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Mula berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia pada tahun 2010 dan telah mendapat pengiktirafan bumiputra mulai tahun 2012.
Syarikat ini memberi tumpuan utama kepada perundingan, pengurusan dan penggendalian latihan renang, selam dan pertolongan cemas. STS turut menawarkan khidmat pembekalan, penyelenggaraan serta pembaikan peralatan-peralatan berkenaan.
STS juga menjalankan perkhidmatan menyelam atau kerja-kerja di bawah air seperti pemasangan tukun tiruan, perolehan barangan yang tenggelam (“light salvage”) dan pemuliharaan bahan sejarah.
Selain daripada perkhidmatan utama di atas, STS turut menawarkan pakej latihan-latihan lain seperti kursus Bahasa Inggeris, Bina Semangat (“Team Building”), Memanah dan Para Motor yang diurus secara usahama bersama jurulatih bebas. Peralatan seperti memanah, perkhemahan dan para motor merupakan produk-produk sampingan yang ditawarkan oleh syarikat ini.
Diilhamkan oleh pengasasnya yang berpengalaman lebih daripada sepuluh (10) tahun di dalam bidang latihan. STS yakin akan terus maju menjadi satu institusi yang berkualiti, diiktiraf dan disegani.


SPECIALTY TRAINING AND SERVICES
(SA0142213-X)

Fax +603 8081 8828