Specialty Training and Services (“STS”) atau
terjemahannya ialah “Perkhidmatan dan
Latihan Khusus” adalah merupakan sebuah entiti perniagaan milik 100%
bumiputra yang telah ditubuhkan semenjak tahun 2009 melalui Akta Pendaftaran
Perniagaan 1956. Mula berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia pada tahun
2010 dan telah mendapat pengiktirafan bumiputra mulai tahun 2012.
Syarikat ini memberi tumpuan utama kepada perundingan,
pengurusan dan penggendalian latihan renang, selam dan pertolongan cemas. STS turut
menawarkan khidmat pembekalan, penyelenggaraan serta pembaikan
peralatan-peralatan berkenaan.
STS juga menjalankan perkhidmatan menyelam atau
kerja-kerja di bawah air seperti pemasangan tukun tiruan, perolehan barangan
yang tenggelam (“light salvage”) dan pemuliharaan bahan sejarah.
Selain daripada perkhidmatan utama di atas, STS turut
menawarkan pakej latihan-latihan lain seperti kursus Bahasa Inggeris, Bina
Semangat (“Team Building”), Memanah dan Para Motor yang diurus secara usahama
bersama jurulatih bebas. Peralatan seperti memanah, perkhemahan dan para motor
merupakan produk-produk sampingan yang ditawarkan oleh syarikat ini.
Diilhamkan oleh pengasasnya yang berpengalaman
lebih daripada sepuluh (10) tahun di dalam bidang latihan. STS yakin akan terus
maju menjadi satu institusi yang berkualiti, diiktiraf dan disegani.
SPECIALTY TRAINING AND SERVICES
(SA0142213-X)
Fax +603 8081 8828
E-Mail enquiry@publicsafety.com.my