Pertolongan Cemas atau “First Aid” adalah pertolongan segera atau rawatan pertama yang diberikan dalam keadaan cemas kepada mangsa kemalangan sebelum ketibaan ambulan atau rawatan profesional. Tujuan utama pertolongan cemas adalah;
- Untuk menyelamat nyawa.
- Mengelakkan kecederaan daripada bertambah buruk.
- Mengurangkan kesakitan dan menstabilkan mangsa.
Latihan Pertolongan Cemas yang dikendalikan oleh Specialty Training and Services (STS) adalah berdasarkan piawaian dan rujukan antarabangsa. Latihan-latihan Pertolongan Cemas yang di tawarkan adalah;
1. Pertolongan Cemas
Latihan pertolongan cemas yang mempunyai tiga (3) kompenan utama iaitu
- Utama; menyelamat mangsa tercekik, pemberhentian pendarahan teruk (melibatkan pembuluh darah utama) dan pemulihan rentak jantung.
- Kedua; merawat mangsa yang mendapat kecederaan seperti patah, terseliuh dan luka-luka kecil.
- Kaedah serta rawatan asas menggunakan oksigen kecemasan.
2. Pertolongan Cemas Medan
Latihan pertolongan cemas lanjutan yang melibatkan kompenan-kompenan latihan berikut;
- Memeriksa mangsa dengan menggunakan peralatan perubatan seperti Thermometer, Stethoscopes dan Aneroid Sphygmomanometer.
- Mencuci, menjahit dan membalut luka-luka terbuka.
- Melibatkan aplikasi-aplikasi khas seperti “injection”, pemasangan “intravenous infusion”dan “cervical collar”.
3. Perubatan Selam
Melibatkan rawatan kecemasan selam samaada pencegahan (penilaian) atau pertolongan cemas yang disebabkan oleh gas selam, tekanan persekitaran dan perubahan suhu badan yang melampau disamping asas bantuan Kebuk Hiperbarik.