TTS



L.E Tactical Self-Defence atau ringkasannya “TSD” adalah ilmu Tempur Tanpa Senjata yang telah digarapkan oleh STS untuk disesuaikan dan diperaktikkan oleh syarikat kawalan keselamatan, pengawal rapat dan penguatkuasa undang-undang (“L.E” adalah merujuk kepada “Law Enforcement”). Latihan TSD ini adalah olahan gabungan pelbagai jenis seni mempertahankan diri (“combined martial art”) yang mempunyai tiga (3) elemen utama iaitu susunan gerak pertahanan, membendung dan seterusnya melumpuhkan pihak lawan.

Kami menawarkan latihan mingguan untuk agensi atau syarikat yang berada di sekitar Lembah Klang dan latihan intensif (1 - 4 minggu) untuk kesemua pelanggan korporat atau agensi kerajaan.